LATAR BELAKANG KONVENSYEN
Universiti Teknologi MARA (UiTM) menggalakkan pemesatan aktiviti Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di seluruh sistem UiTM. Setiap tahun, dua peringkat konvensyen KIK akan diadakan untuk memberi peluang serta pengikhtirafan kepada warga UiTM seluruh Malaysia dalam usaha sama penghasilan inovasi kreatif dalam bidang kerja masing-masing.
​
Mini Konvensyen KIK UiTM peringkat Zon dibahagikan kepada Zon Utara, Selatan, Timur, Tengah, Sabah dan Sarawak dan pada tahun ini telah diadakan bermula Ogos 2018 hingga Oktober 2018 yang lalu. Para pemenang di Konvensyen KIK peringkat Zon akan mewakili zon masing-masing untuk dipertandingkan pula pada peringkat Kebangsaan.
​
Konvensyen KIK UiTM peringkat Kebangsaan merupakan satu pentas tersohor bagi kumpulan-kumpulan yang terbaik dari zon masing-masing untuk berentap dan mengutarakan hasil inovasi dan seterusnya akan mendorong para pemenang KIK mewakili UiTM ke peringkat yang lebih tinggi.
​
Pada tahun ini, UiTM Cawangan Pulau Pinang telah diberi mandat untuk menjadi Tuan Rumah bagi Konvensyen KIK UiTM Peringkat Kebangsaan. Seiring dengan pengenalan KIK Horizon Baharu dan penekanan UiTM dalam penglibatan di dalam Industri 4.0, tema konvensyen pada kali ini ialah Inovasi Merentas Horizon. Dengan itu, konvensyen kali ini diharapkan dapat mencapai objektif memartabatkan idea-idea kreatif dan inovatif dalam kalangan warga UiTM ke peringkat yang lebih tinggi serta memberi peluang kepada UiTM untuk bekerjasama dengan industri luar melalui projek-projek hibridasi.
​
OBJEKTIF PENGANJURAN
Objektif konvensyen ini adalah untuk:
​
-
Menggalakkan pemesatan aktiviti KIK di seluruh sistem UiTM.
-
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai aspek produktiviti dan kualiti dalam kerja harian.
-
Menyediakan peluang untuk KIK berjumpa, berkongsi dan bertukar-tukar idea mengenai kaedah terbaik mengenai inisiatif penambahbaikan secara berterusan.
-
Dorongan dan penglibatan serta peningkatan komitmen terhadap kerja.
-
Mengiktiraf keupayaan mencipta cara bekerja baharu atau menghasilkan inovasi serta kebolehan menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan kerja.
-
Meyakinkan bahawa KIK adalah satu satu mekanisma pengurusan penting bagi menyemarak penciptaan nilai (value creation) demi kegemilangan UiTM.
-
Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada staf yang terlibat dalam KIK dengan memberi peluang kepada KIK membuat persembahan.